Apakah yang dimaksud dengan Langganan di Snapask?
Salah satu misi Snapask adalah untuk membawa perubahan kepada pendidikan kita dan mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Oleh kerana kami berhasrat untuk memberikan sokongan akademik yang berkualiti tinggi, Snapask akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan tutor yang berkelayakan untuk mata pelajaran yang membebankan kepada pelajar. Oleh itu, bayaran yang akan dibuat oleh pelajar akan digunakan untuk memastikan penyertaan aktif tutor serta membantu Snapask dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan yang baik. Sebagai balasan, anda akan mendapat bantuan daripada tutor Snapask dalam masa yang singkat.
Sila lihat pelbagai [Langganan](https://snapask.com/premium/).
Peringatan: Sebarang perkongsian akaun atau penyalahgunaan/aktiviti penipuan adalah dilarang sama sekali. Snapask mempunyai hak untuk tamatkan serta merta akaun anda jika terdapat sebarang aktiviti salah guna atau perkara berkaitan.
Bagaimana saya boleh membeli langganan?
Anda boleh membeli pakej di laman web dan aplikasi telefon kami.
Untuk membeli melalui laman web:
1. Layari https://snapask.com/premium
2. Pilih langganan yang diingini
3. Lengkapkan butiran pembayaran anda
Untuk membeli melalui aplikasi telefon:
1. Pergi ke Tetapan di sebelah kiri bawah di Applikasi.
2. Klik Beli Kuota Soalan dan pilih langganan yang anda ingin beli
*Langganan anda mungkin diperbaharui secara automatik sekiranya tidak dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh tamat tempoh. Untuk membatalkan langganan anda, anda boleh melakukannya melalui iTunes atau Google Play.
Jumlah bayaran dikenakan lebih tinggi dari harga yang ditawarkan?
Anda mungkin dikenakan cas tambahan oleh pihak bank bagi penggunaan kad kredit dari luar negara. Pihak yang mengeluarkan kad kredit yang menentukan cas perkhidmatan pengunaan luar negara. Pastikan anda memeriksa terma dan syarat sebelum meneruskan transaksi pembayaran dalam talian.
Cas penggunaan luar negara (Overseas Transaction Fee ) bukan di kenakan oleh pihak Snapask dan tidak akan di pulangkan, Sila hubungi pihak yang mengeluarkan kad/pihak bank bagi maklumat lanjut.
Bilakah pelan atau langganan saya akan di perbaharui?
Pelan/langganan anda akan di perbaharui apabila pelan/langganan anda tamat tempoh. Sebagai contoh, anda membuat langganan bagi Pelan Penggunaan Sebulan pada 1 Januari. Langganan anda akan di per baharui pada 1 Febuari.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.