Tutor saya keluar dari sesi dan jawapannya tidak diberikan dengan segera. Apa patut saya lakukan?
Walaupun kebanyakan tutor bertindak balas kepada soalan dalam masa beberapa minit, sangat jarang tutor mengambil masa lebih dari 15 minit. Cara yang baik untuk memulakan sesi ialah melihat kualiti bintang mereka yang terletak di bawah profil mereka semasa proses padanan tutor. Jika tutor tidak responsif dalam 15 minit, kami menggalakkan untuk mengakhiri sesi dan menghantar laporan kepada kami dengan 'Laporkan Salah Etika' di dalam sesi berkenaan di aplikasi. Kami akan memberikan maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Tutor tidak dapat memberi jawapan kepada soalan saya. Apa patut sayang lakukan?
Semasa Proses permohonan tutor, kami memastikan bahawa hanya individu yang paling berkelayakan dibenarkan mengajar mata pelajaran di Snapask. Bagaimanapun, kadang kala, walaupun yang terbaik pasti tidak lari dari membuat kesilapan.
Sekiranya anda melihat jawapan yang disediakan oleh tutor adalah salah atau tidak seperti yang anda harapkan, maklumkan kepada tutor anda. Anda boleh memberi mereka kesempatan untuk memberikan semula penyelesaian itu dan meneruskan pembelajaran anda. Sekiranya tutor tidak menjawab soalan anda akhirnya, anda boleh meminta pengembalian kuota soalan.
Sila hubungi kami untuk melaporkan isu ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
Berapa Kali anda di benarkan menolak padanan tutor?
Fungsi ini hanya boleh terdapat kepada pelanggan berbayar sahaja. Anda boleh menolak/menafikan padanan tutor untuk menjawab soalan anda sebanyak 3 kali bagi setiap sesi. Pada kali ke empat anda menolak padanan tutor, anda akan dipadankan dengan tutor dan terus ke sesi/halaman soal jawab.
Anda boleh membatalkan sesi/soalan jika tiada tutor yang dipadankan tidak menepati cita rasa anda, serta kuota soalan anda akan di pulangkan serta merta.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.