Apakah itu Tutor Kegemaran?
"Tutor Kegemaran" adalah salah satu fungsi yang terdapat di aplikasi Snapask. Ini memberikan anda pilihan untuk menandakan seseorang Tutor sebagai Tutor Kegemaran anda. Setelah anda tandakan Tutor Kegemaran anda, anda boleh terus memilih Tutor tersebut untuk menjawab soalan anda tanpa dipadankan oleh sistem Snapask.
Bagi melihat senarai Tutor yang anda telah tandakan sebagai Tutor Kegemaran anda, sila klik "1-on-1" dan klik simbol hati di sudut atas bahagian kanan halama n tersebut.
Bagaimanakah cara untuk tandakan Tutor Kegemaran?
Untuk tandakan Tutor Kegemaran anda, sila ikut langkah berikut:
- Semasa sesi soal jawab anda dengan Tutor, klik gambar profil Tutor yang terletak disebelah atas skrin sesi soal jawab anda.
- Di bawah gambar profil dan nama Tutor, klik simbol hati.
- Tutor tersebut akan memasuki ke dalam senarai Tutor Kegemaran anda apabila simbol hati tersebut bertukar warna.
Jika anda tidak sempat berbuat demikian, anda masih boleh melakukannya dengan membuka senarai sesi soal jawab anda yang lepas dan klik gambar profil tutor tersebut.
Nota: Anda tidak boleh menambah Tutor Kegemaran melalui laman web.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.