Bagaimana untuk tanya soalan terus kepada Tutor Kegemaran?
Anda boleh menggunakan 2 cara untuk tanya soalan kepada Tutor Kegemaran anda.
Cara Pertama
- Di laman utama, klik "Tanya"
- Pilih jenis sesi soalan yang anda mahu gunakan.
("Tanya Soalan" atau "Kelas Mini") - Ambil gambar atau muat naik imej soalan
- Isi maklumat yang berkaitan, gred, dan subjek
- Klik "Pilih Tutor" dan pilih "Tutor Kegemaran"
- Pilih Tutor Kegemaran anda
- Klik "Tanya"
Soalan anda akan dihantar terus ke Tutor Kegemaran anda.
Cara Kedua
- Klik pada "1-on1" dan klik senarai Tutor Kegemaran (Simbol hati)
- Pilih Tutor Kegemaran anda dan klik "Tanya"
- Ambil gambar atau muat naik imej soalan.
- Isi maklumat berkenaan seperti gred dan subjek
- Klik "Tanya"
Soalan anda akan di hantar terus ke Tutor Kegemaran anda.
Nota: Tutor kegemaran anda juga boleh menolak untuk menjawab soalan anda.
Saya tidak boleh tanya "Soalan Tutor Kegemaran".
Jika anda mendapati anda tidak boleh menggunakan fungsi soalan "Tutor Kegemaran", ia mungkin disebabkan anda telah mencapai had mingguan anda. Sila lihat "Baki Sesi" melalui profil anda. Lihat "Baki Semasa" dan juga jumlah pertanyaan yang anda boleh gunakan untuk bertanya Tutor Kegemaran anda.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.