Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Tutor?
Penilaian Tutor membolehkan anda untuk memberi maklum balas berkaitan kebolehan Tutor membantu anda semasa sesi soal jawab. Anda boleh memberi penilaian kepada Tutor dari 1 hingga 5 bintang di mana 5 bintang merupakan penilaian yang tertinggi. Peluang anda untuk memberi penilaian adalah selepas sesi anda telah tamat.
Anda juga boleh melihat tahap purata penilaian yang diterima oleh Tutor tersebut di halaman profil mereka.
Bagaimanakah cara untuk menilai Tutor?
Sebelum anda boleh menilai Tutor, anda perlu menamatkan sesi soalan terlebih dahulu. Sila pastikan anda tidak lagi mempunyai soalan kepada Tutor anda sebelum menamamatkan sesi soalan tersebut.
Untuk memberikan penilaian kepada Tutor, anda boleh mengikuti langkah tersebut:
- Tamatkan Soalan: Klik 3 titik yang boleh dilihat disebelah kanan atas skrin anda dan pilih "Sesi Tamat"
- Pada paparan berikutnya, pilih berapa bintang yang anda ingin berikan pada Tutor
- Setelah selesai memberikan bintang, anda boleh memilih untuk:
- Pilih Tutor sebagai salah seorang Tutor Kegemaran anda.
- Taip penilaian anda secara ringkas terhadap Tutor.
- Pilih mana-mana isu yang Tutor boleh memperbaiki.
- Apabila selesai, klik "Hantar"
Bolehkah saya ubah penilaian yang diberi?
Tidak boleh. Pada ketika ini, anda tidak dapat untuk mengubah penilaian yang telah dihantar. Oleh itu, sila pastikan penilaian yang diberi adalah adil dan tepat.
Bolehkah saya beri penilaian pada Tutor berulang kali?
Ya, boleh. Setiap kali selepas Tutor membantu anda, anda boleh pilih untuk beri penilaian anda atau pun tidak.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.