Bagaimanakah cara untuk membuat aduan terhadap sesi soalan?
Jika anda ingin menghantar aduan berkenaan sesi soalanyang mempunyai sebarang masalah, sila ikuti langkah berikut:
- Di dalam ruang sesi soalan, klik 3 titik yang terletak di bahagian atas kanan halaman ruang sesi soalan tersebut.
- Klik "Laporkan" dan isi maklumat berkaitan aduan anda terhadap sesi soalan tersebut.
Setelah anda klik "Hantar", aduan anda akan dihantar ke unit aduan pelanggan untuk tindakan lanjut. Pihak kami akan membalas aduan anda dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja.
Apa yang perlu saya lakukan jika Tutor mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan?
Jika Tutor anda mengambil lebih dari 30 minit untuk menjawab soalan anda, anda boleh menamatkan sesi tersebut dan terus laporkan kepada kami. Kami akan menilai sesi tersebut dan memberi semula kuota yang digunakan sekiranya layak.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.