Apa itu Pengesyoran Tutor?
Pengesyoran Tutor adalah bertujuan untuk pengguna berkongsi pengalaman mereka belajar dengan mana mana Tutor. Apabila anda mengesyorkan mana-mana sesi bersama Tutor, sesi tersebut akan dipaparkan di halaman utama aplikasi Snapask untuk tatapan para pengguna yang lain. Pengguna lain dapat melihat perbualan dalam sesi tersebut
Jika anda baru menggunakan Snapask, sesi yang disyorkan dapat membantu anda untuk melihat keupayaan Tutor untuk menjawab soalan. Apabila anda melihat sesi yang disyorkan ini, anda juga boleh memilih untuk menambah Tutor tersebut ke dalam senarai Tutor Kegemaran anda ataupun terus bertanya soalan kepada mereka.
Bagaimana untuk mengesyorkan Tutor?
Pilihan untuk mengesyorkan Tutor akan boleh dilihat setiap kali anda memberikan 5 bintang kepada Tutor anda selepas tamat sesi.
Setelah anda hantar penilaian 5 bintang, anda akan dapat melihat di skrin anda pertanyaan sama ada anda mahu mengesyorkan sesi atau tidak. Pilih "Syorkan Tutor" jika anda mahu mengesyorkan Tutor tersebut.
Tutor akan dimaklumkan jika mereka juga setuju untuk kongsikan sesi yang anda ingin mengesyorkan, sesi tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai sesi yang disyorkan pengguna dan akan sentiasa dipaparkan dari masa ke semasa.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.