Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik pada setiap sesi soalan?
Untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik, disini disertakan beberapa perkara untuk anda boleh ikuti:
- Pastikan anda mengambil gambar soalan dengan jelas agar Tutor boleh menjawab soalan anda dengan pantas.
- Sila tanya penjelasan lanjut dari tutor jika anda perlukan sehingga anda memahami semua penerangan Tutor bagi menyelesaikan soalan anda.
- Sila berikan Tutor masa yang mencukupi untuk memberi ruang kepada Tutor untuk menjawab ajukan anda.
- Anda juga boleh menggunakan fungsi rakaman suara untuk berkomunikasi dengan Tutor dengan lebih berkesan.
Apakah Tatakelakuan lain yang perlu saya patuhi?
- Sabar dan berkelakuan baik dengan Tutor. Cara ini menggalakkan Tutor untuk membantu anda dengan baik.
- Beri ruang masa yang mencukupi untuk menyiapkan jawapan, ini membolehkan mereka memberi penerangan dan solusi jawapan dengan baik.
- Jangan biadab atau berkelakuan tidak baik terhadap Tutor. Sila berkelakuan baik dan sopan.
- Beri ucapan hormat dan gunakan perkataan terima kasih pada awal dan akhir sesi soalan.
Perkara yang dilarang sama sekali semasa didalam sesi soalan?
- Dilarang meminta nombor telefon atau akaun sosial media Tutor.
- Dilarang berkongsi atau sertakan bahan yang mengandungi unsur politik/tidak sopan/penipuan/atau bahan lucah.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.