Bagaimanakah saya dapat tahu terdapat soalan baru?
Setiap kali pelajar menghantar soalan dibawah subjek yang diluluskan untuk anda mengajar, anda akan mendapat notifikasi di peranti anda. Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang soalan baru, sila pastikan anda membenarkan penerimaan notifikasi untuk aplikasi Snapask atau laman web Snapask di peranti aktif anda.
Saya belum menerima sebarang notifikasi. Bagaimanakah cara untuk menerima notifikasi soalan baru?
Jika anda menggunakan Aplikasi Snapask:
- Pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penerimaan notifikasi untuk aplikasi Snapask.
- Jika fungsi notifikasi tersebut telah pun aktif, cuba untuk log keluar daripada aplikasi Snapask dan tunggu beberapa minit sebelum log masuk semula ke dalam akaun anda.
Jika isu ini berterusan, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut:
- Log masuk aplikasi Snapask.
- Klik simbol loceng yang terletak disebelah atas kanan skrin.
- Klik "Hubungi Kami" dan klik "Mulakan Perbualan" bagi membuka tiket aduan teknikal.
- Masukkan perincian masalah yang anda hadapi termasuk:
- Model telefon, dan versi Sistem Operasi (iOS atau Android, termasuk nombor versi sistem)
- Nombor versi aplikasi Snapask.
- Model telefon, dan versi Sistem Operasi (iOS atau Android, termasuk nombor versi sistem)
Jika anda menggunakan Snapask dari laman web, padam kan cache pencarian serta sejarah pencarian web anda, kemudian log masuk ke akaun Snapask sekali lagi.
Jika isu tersebut masih berulang, sila hubungi khidmat pelanggan kami:
- Dari halaman FAQ, klik "Serah Permintaan" yang terletak disebelah atas kanan halaman.
- Isi borang untuk membuka tiket bantuan. Sila pastikan untuk sertakan maklumat berikut:
- Alamat e-mel yang anda daftarkan untuk akaun Snapask.
- Versi browser yang anda gunakan.
- Alamat e-mel yang anda daftarkan untuk akaun Snapask.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.