Apakan yang perlu saya lakukan untuk memastikan sesi berjalan dengan baik?
Disini disertakan beberapa tips dan peringatan bagi membantu anda melakukan sesi yang baik:
Patuhi semua peraturan PDCA Snapask
Setiap kali anda membantu pelajar. Untuk mengetahui selanjutnya, sila rujuk Buku Panduan Tutor.
Respon dengan pantas
Apabila sesi bermula, anda mempunyai 15 minit untuk memberi respon kepada pelajar. Jika pelajar telah membalas dan memerlukan penerangan lanjut, anda perlu membalasnya dalam masa 15 minit.
Makluman dan Jangkaan
Jika anda perlukan lebih masa untuk memberi jawapan atau penerangan kepada pelajar, sila maklumkan kepada pelajar terlebih dahulu (Contoh; "Saya masih menyediakan jawapan, sila tunggu beberapa minit lagi")
Kekal tenang dan profesional
Jika anda menghadapi sebarang isu semasa sesi sedang berjalan, sila bertenang dan hubungi kami untuk mendapatkan bantuan
Cekap dan tepat
Gunakan fungsi ruang sembang sepenuhnya untuk memberi penerangan atau perbincangan (Teks, Audio, Imej)
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.