Apa itu Tutor Kegemaran?
"Tutor Kegemaran" adalah salah satu fungsi yang terdapat di aplikasi Snapask. Ini memberikan pelajar pilihan untuk menandakan seseorang Tutor sebagai Tutor Kegemaran mereka.
Setelah pelajar menandakan Tutor Kegemaran mereka, mereka boleh terus memilih Tutor tersebut untuk menjawab soalan mereka tanpa menunggu dipadankan oleh sistem Snapask.
Para Tutor disyorkan untuk sentiasa memberikan pengalaman pembelajaran terbaik agar peluang untuk tersenarai ke dalam senarai Tutor Kegemaran pelajar lebih tinggi.
Untuk makluman, Tutor boleh menolak untuk menjawab "Soalan Tutor Kegemaran" yang di hantar pelajar. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar para Tutor sentiasa menjawab soalan yang dihantar oleh pelajar agar kedua-dua pihak mendapat manfaat.
Nota: Pelajar mempunyai hak untuk membatalkan atau memilih Tutor Kegemaran mereka pada bila bila masa.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.