Apakah Penilaian Tutor?
Penilaian Tutor adalah saluran untuk pelajar memberi maklum balas terhadap pengalaman mereka bersama Tutor. Selepas sesi tamat, pelajar boleh memberi penilaian dari 1 hingga 5 bintang di mana 5 bintang adalah penilaian tertinggi. Mereka juga boleh meninggalkan maklum balas ringkas dan memberi maklumat dari sebarang sudut yang mereka fikir boleh diperbaiki oleh Tutor mahupun sistem Snapask keseluruhannya.
Bagaimanakah cara untuk melihat Penilaian Tutor saya?
Anda boleh melihat purata penilaian anda di "Dashboard" anda. Pastikan anda telah log masuk ke aplikasi Snapask, kemudia ikuti langkah berikut:
- Klik "Dashboard" di sebelah bawah kanan halaman aplikasi.
- Leretkan skrin peranti anda ke kiri sehingga anda dapat lihat "Penilaian".
- Dashboard akan memaparkan penilaian purata semasa anda. Anda juga boleh melihat graf yang memaparkan purata penilaian bulanan anda serta perbandingan dengan purata penilaian Tutor yang terbaik.
Bolehkah pelajar melihat penilaian saya?
Ya, pelajar boleh melihat purata penilaian yang dipaparkan di profil Tutor. Sebarang penilaian yang diberi pelajar juga akan dipaparkan di profil Tutor. Penilaian akan disusun mengikuti penilaian terkini.
Saya menerima penilaian yang tidak adil. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika penilaian yang diberi oleh pelajar adalah tidak munasabah atau tidak adil, anda boleh melaporkan sesi tersebut kepada kami bagi tujuan penilaian semula.
Sesi dan penilaian koresponden akan dinilai bedasarkan peraturan PDCA Snapask serta peraturan yang Tutor perlu sentiasa mematuhi. Jika penilaian pelajar didapati tidak adil, penilaian tersebut akan dibatalkan dengan serta-merta.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut peraturan tersebut, sila rujuk Buku Panduan Tutor.
Pelajar tidak membuat penilaian. Adakah ini akan memberi kesan kepada Tutor?
Tidak sama sekali, sesi yang tidak diberikan penilaian tidak menyumbang kepada faktor purata penilaian Tutor. Ia juga tidak memberi kesan kepada prestasi anda sebagai Tutor.
Bagi mengelak daripada pelajar untuk tidak meninggalkan sebarang penilaian, anda juga boleh mengingatkan pelajar untuk memberi penilaian sebelum menamatkan sesi tersebut.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.