Berapakah tempoh masa untuk menerima e-mel pengesahan akaun saya?
Secara umumnya, anda akan menerima e-mel pengesahan akaun anda dalam masa 1 minit. Jika anda masih tidak menerima e-mel pengesahan, sila tunggu untuk beberapa minit lagi untuk memberi ruang kepada sistem untuk melengkapkan proses penghantaran ke alamat e-mel anda. Anda juga disarankan untuk memuat semula halaman peti masuk e-mel anda.
Saya masih belum menerima pengesahan e-mel.
Jika anda masih gagal untuk mengesahkan e-mel anda, sila periksa peti masuk spam e-mel anda. Ini kerana terdapat kemungkinan e-mel pengesahan tersebut dikira sebagai e-mel spam oleh sistem e-mel anda. Jika e-mel tersebut ditemukan di peti masuk spam, sila tandakan e-mel tersebut sebagai Bukan Spam, dan pindahkan ia ke peti masuk e-mel utama anda sebelum anda meneruskan proses pengesahan e-mel tersebut.
Token pengesahan e-mel tidak dijumpai.
Isu ini selalu berlaku apabila anda telah pun klik butang pengesahan sebelum ini. Jangan bimbang, akaun anda telah pun disahkan. Oleh itu, sila cuba log masuk ke dalam akaun anda. Jika anda masih tidak boleh log masuk, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.
Komen
1 komen
Saya ingin mengesahkan Email saya sebagai seorang pelajar
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.