Mengapakah kerap berlaku log keluar secara tiba-tiba?
Untuk pengetahuan anda, log keluar secara automatik hanya akan berlaku jika anda menggunakan lebih daripada dua peranti. Sebagai contoh, jika peranti pertama telah log masuk ke akaun Snapask anda dan kemudian anda lakukan perkara yang sama terhadap peranti kedua anda, peranti anda yang pertama tidak akan mengalami log keluar automatik.
Walau bagaimanapun, log keluar secara automatik akan berlaku kepada peranti pertama anda apabila anda berjaya log masuk ke peranti yang ketiga. Kesimpulannya, anda hanya boleh aktif menggunakan dua peranti pada masa yang sama.
Jika anda hanya menggunakan dua peranti untuk akaun Snapask anda dan mengalami log keluar secara automatik, sila maklumkan pada kami untuk mendapatkan bantuan teknikal.
Ini perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan dan privasi akaun anda.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.